Biodata Rasmi
Yang Amat Mulia
Dato’ Orang Kaya Seri Raja Merah
Dato’ Zulkarnais Bin Dato’ Haji Abd Aziz
Suku
Semelenggang Naning
Perut
Perut Tiga Ibu Soko
Tampuk
Undang Ke–20

Undang Naning Ke–20
Latar Diri
Yang Amat Mulia Dato’ Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Zulkarnais Bin Dato’ Haji Abd Aziz merupakan Dato’ Undang Naning ke–20, mewarisi tampuk kepimpinan adat daripada Suku Semelenggang Naning, melalui Perut Tiga Ibu Soko, Yang Mulia Hajah Kadariah Binti Abd Manan.
Beliau ialah pewaris sah daripada salasilah keluarga Naning yang beradat dan berdaulat. Susur galur ini menandakan kesinambungan darah keturunan yang sah dalam adat perwarisan Undang Naning, mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pewaris sah dan penerus kedaulatan adat Naning yang luhur.
Susur Galur
Salasilah Pewaris
Moyang
Gelah Binti Yahyah
Atik
Binti Lasim
Nenek
Aminah Binti Ibrahim
Ibu Soko
YM Hajah Kadariah Binti Abd Manan
Perlantikan Sebagai Dato’ Undang Naning Ke–20
Pelantikan Yang Amat Mulia Dato’ Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Zulkarnais Bin Dato’ Haji Abd Aziz sebagai Dato’ Undang Naning ke–20 telah dilaksanakan secara rasmi dan sah menurut Adat Pepatih Naning, melalui tiga peringkat utama pertabalan adat.
I
Istiadat Pemakluman
Pelantikan dimaklumkan dan dipersetujui oleh Ibu-ibu Soko, disahkan melalui musyawarah bersama Tiang Balai dan Isi Balai.
II
Istiadat Pemasyhuran
Istiadat rasmi dengan pembacaan doa, lafaz sumpah dan penyerahan simbol adat sebagai tanda sah kuasa pemerintahan.
III
Istiadat Berkerjan
Pengabsahan jawatan dengan restu penuh Lembaga Adat Perpatih Naning, menandakan bermulanya tanggungjawab rasmi.
Pengesahan Adat
Sokongan Penuh Adat Naning
Pelantikan YAM Dato’ Zulkarnais disempurnakan dengan sokongan dan pengesahan daripada semua lapisan adat — Ibu-ibu Soko, Ahli Lembaga Isi Balai, serta Ahli Lembaga Tiang Balai.
I.
Ibu-ibu Soko Suku Semelenggang Naning
Perut / Jalur
Nama Ibu Soko
Perut 1
Yang Mulia Safiah Binti Hitam
Perut 2
Yang Mulia Kalsum Binti Hamid
Perut 3
Yang Mulia Hajah Kadariah Binti Abd Manan
II.
Ahli Lembaga Isi Balai
Gelaran
Nama
Dato’ GompoSuku Tiga Nenek
Dato’ Baharuddin Bin Mohd Taib
Dato’ Maulana GarangSuku Semelenggang Air Hangat
Dato’ Kamarudin Bin Yahya
Dato’ MempelasSuku Semelenggang Bunga Tanjung
Dato’ Gaffar Bin Kasim
III.
Ahli Lembaga Tiang Balai
Gelaran
Nama
Dato’ Seri Nan KayoSuku Semelenggang
Dato’ Hisham Bin Mohd Isa
Dato’ Seri MagunSuku Tiga Batu
Dato’ Abdul Razak Bin Abu
Dato’ Seri AngkaiSuku Mungku Kemas
Dato’ Abdul Rahman Bin Hussin
Dato’ Seri AngkaiSuku Anak Melaka
Dato’ Mohammad @ Muhammad Bin Navjan @ Nabijan
“Muafakat membawa berkat,
bersatu teguh adat terpelihara.”
Kerjaya dan Sumbangan
Sebelum diangkat sebagai Dato’ Undang Naning ke–20, YAM Dato’ Zulkarnais Bin Dato’ Haji Abd Aziz dikenali sebagai seorang tokoh masyarakat yang aktif dalam bidang pengurusan, kemasyarakatan dan pembangunan insan.
Beliau berpengalaman luas dalam mengurus hal ehwal komuniti, kegiatan warisan budaya, serta program kebajikan rakyat di peringkat daerah dan negeri. Sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, beliau menekankan pentingnya perpaduan, kasih sayang dan kesedaran akar budaya dalam mengukuhkan semangat kenegaraan.
Kini, YAM Dato’ Zulkarnais terus berperanan memperkasa institusi adat Naning, memperkukuh hubungan dengan kerajaan negeri dan persekutuan, serta membangunkan inisiatif kebajikan dan pendidikan adat warisan untuk generasi muda Naning.
Iltizam
Peranan dan Visi Kepimpinan
01
Memartabatkan Adat
Menjunjung dan memartabatkan Adat Pepatih Naning agar kekal difahami dan dihormati.
02
Muafakat Suku
Menyatukan semua suku-suku Naning di bawah panji muafakat.
03
Warisan Tanah Adat
Memperkasa warisan sejarah dan tanah adat Naning sebagai khazanah bangsa.
04
Hubungan Institusi
Menjalin hubungan erat dengan Institusi Diraja, Lembaga Adat Negeri dan Kerajaan.
Perwatakan dan Nilai Kepimpinan
YAM Dato’ Zulkarnais dikenali sebagai pemimpin yang berwibawa, berjiwa rakyat dan berpaksikan hikmah serta kebenaran adat. Kepimpinan beliau berpandukan prinsip:
“Adat bersendikan syarak,
syarak bersendikan Kitabullah.”

